Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

16 February 2014

Lawatan SRIIF

Pada 15 Februari 2014, Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi telah mengadakan lawatan sambil belajar yang melibatkan pelajar dari dua tahap. Pihak sekolah telah memilih destinasi lawatan kali ini ke Negeri Bersejarah iaitu Melaka. Lokasi bagi setiap tahap adalah berbeza iaitu bagi Tahap 1 mereka ke Taman Seribu Bunga, diikuti ke Planaterium Melaka dan diakhiri di Taman Botanik. Pelajar dan guru menjamu selera di sekitar Taman Botanik.
 
Bagi Tahap 2 pula lokasi pilihan lawatan ialah Planaterium, Taman Buaya dan menaiki kereta lembu sekitar Ayer Keroh. Objektif lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk pelajar menimba pengetahuan dan mempelajari sejarah negeri Melaka. Pelajar juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan bersama guru-guru pengiring. Semoga lawatan ini memberi seribu kenangan buat pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi. Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.












07 February 2014

Bantuan Persekolahan

Pada 7 Februari 2014, Sekolah Islam Al Farabi telah mengadakan penyerahan bantuan persekolah untuk sesi 2014 seperti tahun sebelumnya. Penyerahan wang bantuan tersebut bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Untuk makluman, agihan bantuan persekolahan ini telah masuk tahun kedua. Berbanding tahun sebelumnya, pada tahun ini ibu bapa perlu mengambil wang bantuan tersebut daripada guru kelas bagi memudahkan dan proses agihan berjalan dengan lancan dan teratur.

04 February 2014

Sesi 2014 bermula...

Pada tanggal 2 Januari adalah tarikh keramat bagi pelajar- pelajar baru yang memasuki tahun 1 dan juga tingkatan 1.Para pelajar mengenal erti dan suasana di sekolah, persekitaran yang baru dan juga kawan-kawan yg baru.Seramai 102 orang pelajar telah mendaftarkan diri.Penambahan kelas baru juga telah diwujudkan bagi menampung kemasukan pelajar baru iaitu Kelas 1 Gemilang.Dengan azam yang baru,pelajar akan lebih berusaha untuk membawa Sekolah Islam Al Farabi lebih gemilang dan cemerlang selaras dengan misi 2025.