Bismillahirrahmanirrahim, Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah,
Robbul Jalil. Maha Suci Allah yang mencipta segala keindahan. Maha Besar Allah
yang mencipta langit dan dan bumi serta seluruh makhluk yang terdapat di
dalamnya. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasul mulia Nabi Muhammad S.A.W
juga buat keluarga dan sahabat baginda. Salam teristimewa buat pembaca budiman.
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih saya ucapkan
kerana memberi sedikit ruang untuk saya mencoretkan sedikit kalam di dalam blog
sekolah ini.
Dalam mengisi kehidupan yang
masih berbaki ini, yang kita tidak pasti sampai bila, sehingga kita dijemput
untuk kembali ke pangkuan Ilahi, marilah bersama kita jadikan kehidupan ini
lebih bermakna. Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari
ini. Sentiasalah bersyukur di atas
segala nikmat dan reda atas segala ketentuanNya.
Kepada ibubapa yang budiman
lagi prihatin terima kasih kerana masih memberi kepercayaan kepada Al-Farabi
untuk mendidik anak tuan puan. Semoga pengorbanan dan harapan para ibubapa
sentiasa di dalam pandangan Allah, mendapat reda dan kemuliaan di sisiNya.
Kepada para pelajar, jangan
lupa pada pengorbanan ibubapa dan keluarga. Sentiasa bersyukur dan jangan lupa
pada asal usul ini. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Sanjungi
ibubapa, panjatkan doa buat keduanya. Tanpa mereka siapalah kita.
Buat guru-guru SRIIF dan
SMIF, teruskan daya juang capai misi dan
visi Al-Farabi, tingkatkan daya saing, ketabahan dan kegigihan. Tetapkan satu
matlamat, menjadi murobbi, dikasihi Ilahi dan beroleh syafaat nabi.
Sekalung penghargaan buat
barisan ALP. Pimpinan dan keprihatinan ALP menguatkan semangat kami untuk terus
di Farabi. Kegigihan ALP, kesanggupan memikul amanah, keikhlasan melaksanakan
tanggungjawab kepada Allah jua kami
pohonkan. Semoga beroleh balasan syurga di akhirat nanti.
Serangkap pantun penutup
bicara,
Perahu
kolek mudik ke muara,Terus berdayung menuju selat,
Silap laku, tutur dan kata,
Ku pohon maaf dunia akhirat
Salam
penuh takzim. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment