Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

03 November 2014

Perkampungan Ilmu SMA 2014 Bermula!

Dari tarikh 3 November 2014 hingga 14 November 2014, calon-calon Sijil Menengah Agama 2014 mula 'berkampung' di sekolah untuk melipat gandakan usaha dan persiapan berhadapan dengan peperiksaan yang bakal menjelang pada 17 November 2014 nanti.

Semoga kesungguhan yang ditunjukkan mengundang nusrah dan inayah daripada Allah Ta'ala sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SMA pada tahun ini. Amiin....

01 November 2014

Musabaqah Tahfiz Al-Quran Lil Banat (MAQLIB 2014)

Pelajar Kelas Pra-Tahfiz, Sekolah Islam Al-Farabi, Aisyah Izzati bte Saifullail telah menyertai MAQLIB 2014 yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Beliau mendapat hadiah saguhati bagi Kotegori 2 (Surah-surah pilihan) di dalam pertandingan ini. Beliau terlebih dahulu telah melepasi peringkat saringan sebelum layak menyertai peringkat ini.

Semoga pengalaman yang ditimba menjadi batu loncatan untuk pelajar sekolah ini lebih menyinar pada masa akan datang, in sya' Allah.

25 October 2014

Perarakan Sempena Sambutan Tahun Baru Islam 1436H

Pelajar-pelajar Sekolah Islam Al-Farabi menyertai perarakan sempena Sambutan Tahun Baru Islam 1436H Peringkat DUN Selat Klang.

Sekolah Islam Al-Farabi menghantar dua kontijen perarakan yang terdiri dari pelajar-pelajar muslimin SMIAF dan Pergerakan Puteri Islam SMIAF. 

Kontijen muslimin SMIAF telah dinobatkan sebagai Johan Perarakan bagi kategori NGO & Sekolah sementara kontijen Pergerakan Puteri Islam SMIAF mendapat naib johan bagi kategori yang sama. SYABAS!

01 October 2014

Aktiviti Tahfiz (terkini)

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, untuk tahun ini Pra-Tahfiz Al Farabi telah menganjurkan beberapa aktiviti bermula dari bulan Mac sehinggalah bulan September. Program bermula pada 23 Mac 2014 dengan program Motivasi Keibubapaan dimana pihak tahfiz menjemput ibu bapa pelajar bagi menerangkan dengan lebih lanjut proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz disamping soal jawab antara ibu bapa dan guru-guru tahfiz. Program berlangsung di Surau Nur Gemilang, SRIIF.

Pada 26 dan 27 Mei 2014,  di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi. Pihak tahfiz telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Kem Tahfiz 2014 bagi memantapkan bacaan pelajar-pelajar. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari program berjalan. Selain itu, pada 11 September 2014, Pra-Tahfiz Al Farabi telah mengadakan Pra-Pertandingan Musabaqah Hafazan di Surau Nur Gemilang. Peserta yang terlibat ialah pelajar-pelajar yang terpilih dalam Pertandingan Musabaqah Hafazan Alquran Lilbanat 2014 (MAQLIB) 16/9/2014, di Maahad tahfiz Lil Aytam, Kuang, Selangor 












11 September 2014

Bengkel STEM

Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Farabi, Klang, bersama-sama dengan pelajar daripada Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar dan Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor  telah mengikuti majlis pelancaran Bengkel Pendidikan STEM (Sains, Technology, Engineering & Mathematics) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini pagi tadi.

Klik link di bawah untuk membaca laporan dari Selangorkini.com :

http://bm.selangorku.com/58470/angkat-ilmuan-sebagai-contoh-ikutan-bukan-hanya-artis/







06 September 2014

Motivasi Guru

Sesi Motivasi Guru telah disampaikan oleh pihak konsultan yang berpengalaman iaitu CM(Cik Malik) dan sahabat beliau "Along". Semoga apa yang disampaikan oleh mereka dapat memberi manfaat dan kesan yang positif dalam diri setiap orang yang bergelar pendidik.


MAJULAH DIRI DEMI MENDIDIK ANAK BANGSA DAN AGAMA TERCINTA.




 

UPSR 2014


PERSIAPAN PEPERIKSAAN UPSR 2014

Guru2 muslimin dan muslimat sedang melakukan pembersihan dewan peperiksaan UPSR 2014 di Sekolah Rendah Taman Gembira. Semoga Anak didik kami berjaya didalam peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi.

Bittaufiq Wannajah Fi IMTIHAN

SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT





Johan Taekwando

SEKALUNG PENGHARGAAN

TAHNIAH kepada pasangan adik beradik MUHAMMAD AQIL FIRDAUS dan adiknya AFRINA FARWIZAH yang telah menjadi JOHAN dalam KEJOHANAN TAEKWANDO yang berlangsung di SJKC sg buloh (penglibatan luar).

Kami pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH diatas kecermelangan yang telah dibuktikan.

MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH



04 September 2014

Merdeka 57

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-57, Sekolah Menengah Islam Al-Farabi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat SMIF pada 5 September 2014. Sambutan ini diadakan di dataran SMIF. Ia dimulakan dengan perhimpunan pagi yang diserikan dengan bacaan doa serta nyanyian lagu-lagu patriotik.

Selepas rehat seketika, acara diteruskan lagi dengan Kuiz Merdeka serta Pertandingan Sketsa Muzikal yang disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kelas ........ Selain itu, peserta turut dianugerahi dengan beberapa anugerah istimewa. Anugerah tersebut adalah :

Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Perempuan Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik
Pengarah Terbaik
Skrip Terbaik
Penataan Muzik Terbaik
Drama Terbaik

 

 
 

23 June 2014

Ceramah Keibubapaan

Assalamualaikum.


Alhamdulilah bertarikh 22 Jun 2014 telah berlangsungnya sebuah program khas bagi ibubapa dan pendidik yang telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kini. Ceramah siri kedua ini telah disampaikan oleh moderator Ustaz Wan Hamidi Bin Wan Mat bagi slot pertama iaitu "Anakku Cemerlang" dan Dr Syid Ayod Syid Mustafa Al-Qudri bagi slot kedua.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran para guru dan ibu bapa pelajar Sekolah Islam Al-Farabi dan turut disertai oleh para ibu bapa dari Tadika Ikhwan. Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyampaian nasyid oleh Azhar Helmi dengan beberapa buah lagu.


Pihak PIBG dan sekolah berharap dengan berlangsungnya program seperti ini dapat memberi gambaran dan idea-idea bagi ibu bapa dan para guru di dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang dan gemilang.