Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Ucapan Pemangku Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus Sekolah - Hj Syafaat bin Hj Hashim

 
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana diberikan peluang untuk memberikan sepatah dua kata di dalam blog Sekolah Islam Al-Farabi ini.
Segala pujian hanyalah untuk Allah. Alhamdulillah, dalam meneruskan langkah menongkah arus modenisasi, sekolah ini masih teguh menabur khidmat bakti untuk mendidik bakal-bakal pemimpin masa hadapan. Semoga kesungguhan ini diteruskan dan mudah-mudahan ianya diganjari dengan sebaik-baik ganjaran daripada Allah Yang Maha Agung.
Saya juga berharap agar semua pelajar akan berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum selain mengekalkan sahsiah yang terpuji. Mempertingkatkan disiplin diri, komitmen dalam pelajaran dan bersikap proaktif merupakan antara elemen untuk berjaya.
Gunakan peluang yang ada di sekolah untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Berikan sepenuh tumpuan terhadap pelajaran di samping melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar menjadi insan yang dihormati dan dapat bersaing dalam era yang semakin mencabar. Selain berusaha, kita juga perlu berserah kepada Allah dan sentiasa memohon keberkatan dari-Nya.
Jadikan sekolah ini sebagai pusat tarbiah dengan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti berunsurkan pendidikan sahsiah, agama, serta kerohanian dari  semasa ke semasa.
Keprihatinan guru-guru dalam usaha mengasah serta mendidik pelajar-pelajar tanpa rasa jemu amat disanjungi. Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran sekolah dan semua yang terlibat yang sentiasa bersedia memberikan kerjasama dalam menjayakan program-program sekolah demi kebaikan pelajar-pelajar sekolah ini.
Akhir kata, saya mewakili pihak Ahli Lembaga Pengurus Sekolah, mendoakan agar prestasi Sekolah Islam Al-Farabi akan bertambah cemerlang dari tahun ke tahun.
Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment