Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

20 November 2013

Hari Kanak-kanak SRIIF

’Pendidikan Yang Seiring Dengan Quran Dan Sunnah Dapat Membentuk Sahsiah Yang Cemerlang Dikalangan Pelajar.’’ Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah Integrasi Islam Al-farabi telah diadakan pada 8/11/2013 bersamaan 4 MUHARRAM 1435H.. Objektif Hari Kanak-Kanak diadakan bagi meraikan anak-anak yang menuntut ilmu di sekolah ini disamping membentuk ukhwah diantara pelajar, guru dan masyarakat sekeliling. Malaysian Islamic Children’s Fair (MICF) turut dijemput bagi memeriahkan lagi sambutan hari kanak- kanak. Pelbagai acara telah diadakan bagi membentuk sahsiah dan penambahan ilmu pengetahuan pelajar untuk membentuk generasi yang cemerlang pada masa akan datang. Acara khatam quran bagi pelajar tahun 6 turut diadakan. Guru-guru juga turut memeriahkan sambutan hari kanak- kanak dengan mengadakan jualan gerai mengikut persatuan dan kelab. Pelbagai jenis juadah dijual pada hari tersebut. Acara kemuncak ialah pemberian hadiah cenderahati kepada anak-anak Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi. Sambutan hari kanak-kanak diakhiri dengan aktiviti gotong royong dikalangan murid dan guru. Peace yo!

18 November 2013

MISIF 2013

Majlis Ihtifal Sekolah Islam Al-Farabi (MISIF) telah berlangsung pada tarikh 16/11/2013 bersamaan 4 Muharram 1435H. MISIF kali ini diadakan di Dewan Putra Kg, Delek.

Objektif diadakan Majlis Ihtifal ini adalah bertujuan meraikan pelajar yang cemerlang dalam bidang pelajaran, kokurikulum dan juga sahsiah.

Tema Ihtifal kali ini ialah "Pendidikan Untuk Semua". Majlis ini telah dirasmikan oleh Yb. Dr. Hajah Halimah Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, merangkap Adun Selat Klang. Ketibaan beliau disambut dengan paluan kompang dan taburan bunga rampai. Turut mengiringi Yang Berhormat ialah Ahli Lembaga Pengarah,Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) dan Graduan Tingkatan 5 .

Pelbagai anugerah telah disampaikan kepada pelajar yang cemerlang diantaranya ialah Anugerah Sahsiah Cemerlang dan Tokoh Pelajar.