Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

25 January 2014

Merentas Desa

Tanggal 24 Januari 2014 bersamaan hari Jumaat, bertempat di padang Sekolah Rendah Islam Al-Farabi telah diadakan Kejohanan Merentas Desa kali ke. Acara Kejohanan Merentas Desa bermula jam 9.00 pagi yang telah dirasmikan oleh. Laluan Merentas Desa kali ini telah melalui sedikit perubahan iaitu melalui trek baharu di jambatan baharu Kampung Sg.Sireh. Kejohanan Merentas Desa ini turut bekerjasama dengan Balai Polis Klang bertujuan menjaga keselamatan pelajar sepanjang aktiviti dijalankan. Warga SIAF dan Alumni Al-Farabi juga memainkan peranan penting untuk aktiviti ini dan turut turun padang bagi menjayakan dan memastikan kelancaran perjalanan aktiviti Kejohanan Merentas Desa kali ini. Catatan markah atau pungutan mata adalah mengikut rumah sukan masing-masing. Kejohanan Merentas Desa kali ini dimenangi oleh rumah sukan Ahdhar, sekalung tahniah buat rumah Ahdhar atas kejayaan anda! Semoga kejayaan buat rumah sukan yang lain pada tahun hadapan. Wa’salam.

14 January 2014

Al-Farabi Berselawat

Assalamualaikum kepada semua yang dirahmati Allah, semoga dalam keadaan sihat hendaknya... Sempena kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Sekolah Islam Al-Farabi telah melaksanakan satu program iaitu ‘Al-Farabi Berselawat’ pada 11 Rabiuawal 1435 Hijrah bersamaan 13 Januari 2014 bertempat di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi.
Program ‘Al-Farabi Berselawat’ ini diadakan buat pertama kalinya bagi kita bersama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan Baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Program ini diisi dengan pelbagai tentatif yang bermanfaat kepada semua yang hadir. Bermula jam 7.00 malam kehadiran para tetamu yang dihadiri oleh para pelajar, guru-guru, Ahli Lembaga Sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah solat maghrib berjemaah bersama-sama pelajar, guru-guru dan ibubapa, berselawat ke atas Rasullulah yang tercinta yang diketuai oleh kumpulan pelajar sekolah menengah dan ceramah bersempena Maulidur Rasul yang di sampaikan khas oleh Ustaz Wan Hamidi serta persembahan khas qasidah daripada pelajar sekolah rendah. Semoga kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak Rasulullah yang tercinta. Wa’salam.