Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah yang telah menganugerahkan kita pelbagai nikmat khususnya nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, penghulu sekelian nabi dan rasul, juga buat ister-isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut-pengikut baginda.
Blog menjadi salah satu medium terkini bagi individu yang ingin memaparkan hasil karya kreatif, kisah peribadi, wacana politik, isu-isu semasa, pendidikan dan lain-lain untuk tatapan pengguna maya.
Kita seyogia memanfaatkan saluran media internet ini sebagai medan informasi kepada pengguna internet. Usaha jawatan kuasa ICT sekolah menjadikan blog sebagai unit mempromosikan aktiviti sekolah merupakan satu prakarsa yang murni dan harus dipuji.
Kendatipun penggunaan blog kurang popular dalam kalangan pelayar internet, namun penggunaannya masih lagi signifikan marcapada ini. Pengendali blog sekolah perlu bijak mengeksploitasi informasi dengan persembahan menarik bagi meningkatkan ranking, di samping paparan yang kreatif juga mampu menarik minat pengunjung.
Tuntasnya,guru, ibu bapa dan pelajar wajar menjadikan blog ini sebagai medan diskusi, nadi ilmu dan sumber informasi utama. Semoga blog Al-Farabi terus berkembang maju seiring dengan aspirasi sekolah serta mampu bersaing dalam letusan dunia globalisasi kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Semoga setiap usaha yang baik akan mendapat balasan yang setimpal dengannya. Gunakanlah segala nikmat untuk mencapai redha Allah seterusnya mengundang kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment