Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Ta’ala,
selawat dan salam buat jujungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Juga tidak dilupakan
para isteri baginda, para sahabat, golongan tabien dan pengikut mereka.
Terima kasih kerana memberi sedikit ruang untuk saya
menitipkan sedikit ucapan di dalam blog sekolah ini.
Al-Quran adalah manual kehidupan. Ia juga memandu manusia,
membimbingnya dan mengeluarkannya daripada kegelapan kepada cahaya petunjuk
iman yang menyelamatkan manusia dari bahaya yang ada pada Hari Kiamat.
Budaya menghafaz Al-Quran wajar diterapkan sejak dari alam
persekolahan agar ia menjadi suatu kebiasaan dan kelaziman yang menatijahkan
ketenangan dalam jiwa anak-anak pelajar. Ketenangan adalah suatu kurniaan yang
amat penting dalam mendepani cabaran kehidupan yang penuh ranjau, liku, mehnah
dan tribulasi.
Ayuh, kita gerakkan hati anak-anak kita agar mereka menyiram
sanubari mereka dengan limpahan rahmat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah Ta’ala.
Semoga ia menjadikan hati-hati itu subur dan mekar dengan ruh kecintaan kepada
agama, seterusnya menjadi asas yang kukuh dalam jiwa mereka.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment