Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

14 January 2014

Al-Farabi Berselawat

Assalamualaikum kepada semua yang dirahmati Allah, semoga dalam keadaan sihat hendaknya... Sempena kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Sekolah Islam Al-Farabi telah melaksanakan satu program iaitu ‘Al-Farabi Berselawat’ pada 11 Rabiuawal 1435 Hijrah bersamaan 13 Januari 2014 bertempat di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi.
Program ‘Al-Farabi Berselawat’ ini diadakan buat pertama kalinya bagi kita bersama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan Baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Program ini diisi dengan pelbagai tentatif yang bermanfaat kepada semua yang hadir. Bermula jam 7.00 malam kehadiran para tetamu yang dihadiri oleh para pelajar, guru-guru, Ahli Lembaga Sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah solat maghrib berjemaah bersama-sama pelajar, guru-guru dan ibubapa, berselawat ke atas Rasullulah yang tercinta yang diketuai oleh kumpulan pelajar sekolah menengah dan ceramah bersempena Maulidur Rasul yang di sampaikan khas oleh Ustaz Wan Hamidi serta persembahan khas qasidah daripada pelajar sekolah rendah. Semoga kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak Rasulullah yang tercinta. Wa’salam.

No comments:

Post a Comment